Home Artists Posts Import Register

Content

Pada 14 April 2022 aku ditangkap polis kerana grafik satira beruk Mojo Jojo ni. Ini senarai 24 soalan yang ditanya oleh polis semasa sesi soal siasat bawah Akta Hasutan & #AktaSakitHati di IPD Dang Wangi semasa aku dalam tahanan.


1. Boleh ceritakan latar belakang diri kamu?

2. Adakah kamu terlibat dalam mana-mana parti politik atau NGO?

3. Adakah kamu mempunyai apa-apa sejarah kesihatan?

4. Berapa lama kamu sudah bergiat dalam media sosial?

5. Apakah akaun-akaun media sosial yang kamu ada?

6. Bilakah akaun Facebook kamu dibuka?

7. Berapa banyak akaun Facebook kamu?

8. Adakah kamu admin akaun Facebook "Fahmi Reza"?

9. Apakah username dan password akaun Facebook kamu?

10. Apakah username dan password akaun email kamu?

11. Apakah gajet yang kamu gunakan untuk melayari dan membuat posting di Facebook?

12. Apakah perkara-perkara yang kamu sering kongsikan di akaun media sosial kamu?

13. Melalui penelitian akaun media sosial kamu, didapati kamu sering berkongsi kenyataan dan posting yang mengkritik kerajaan. Apakah tujuan kamu?

14. Adakah kamu diarahkan oleh sesiapa untuk buat posting-posting mengkritik kerajaan?

15. Adakah kamu mengenali posting dalam gambar ini? [Polis tunjuk printout screenshot posting grafik satira beruk Mojo Jojo dari FB aku]

16. Adakah kamu yang memuatnaik posting ini?

17. Bilakah posting ini dimuatnaik?

18. Apakah gajet yang kamu gunakan untuk memuatnaik posting ini?

19. Apakah tujuan kamu memuatnaik posting ini?

20. Dari manakah kamu memperolehi gambar kartun beruk itu?

21. Apakah maksud gambar dan posting berkenaan?

22. Kepada siapa posting ini ditujukan?

23. Adakah kamu sendiri yang memuatnaik posting ini, atau atas arahan sesiapa?

24. Adakah kamu bercakap benar semasa memberi keterangan ini?

Files

Comments

Anonymous

Yeap, i heard your whole encounter in the talk just now. Good details

Anonymous

Fahmi .... ada lawyer bela Fahmi ke tidak? Rasa takut on your behalf. Bila diheret ke mahkamah nanti.... hope you have lawyer. We are with you. We will crowdfund legal fees.