Home Artists Posts Import Register

Content

Kepada patrons yang tak tahu, sebenarnya aku dah buat kerja graphic design sejak 24 tahun dahulu, bila aku dapat aku punya first commissioned design work pada tahun 1998, masa umur aku 21 tahun.

Sejak awal lagi kerja-kerja grafik aku sudah bersifat political dan bawak mesej-mesej protes. Jadi kerja-kerja grafik rebel yang korang nampak aku buat sekarang ni bukanlah sebab aku nak nampak trendy atau nak kejar glamer, tapi sebab dah lebih 20 tahun aku hanya hasilkan karya-karya macam ni.  

Kebanyakan inspirasi untuk kerja-kerja grafik aku sejak dahulu sampai sekarang datang dari muzik punk. Aku start buat kerja grafik dulu pun disebabkan oleh muzik punk. Aku mula belajar sendiri dalam bidang graphic design masa umur aku 18 tahun bila aku design flyers dan posters untuk punk shows, semuanya dibuat sendiri secara DIY.

Pada tahun 1998 aku dapat commission untuk design record cover untuk piring hitam sebuah hardcore punk band dari US bernama From Ashes Rise. Rekod piring hitam 7-lagu ni adalah 7" EP kedua mereka yang bertajuk "Life and Death". Budak-budak dalam band ni adalah kawan-kawan aku masa zaman aku belajar universiti dekat US dahulu. Aku dapat job ni sebab aku kutuk record cover design untuk piring hitam pertama mereka yang mereka design sendiri. Sebab tu untuk rekod kedua mereka ni, mereka panggil aku untuk tolong design.

Idea untuk artwork depan cover ni diinspirasi dari lirik lagu pertama dalam piring hitam ni bertajuk "Life and Death".  Aku lukis gambar blood-sucking capitalist parasite yang tengah hisap dan sedut darah rakyat/bumi sampai mati.  Masa tu aku belum pandai design guna komputer. Semuanya dilukis dengan tangan. Aku guna spraypaint untuk background dalam artwork ni, dan juga teknik cut-n-paste untuk susunan teks tajuk-tajuk lagu dekat cover belakang.  Sebagai bayaran, mereka bagi aku 20 keping piring hitam rekod ni, yang aku masih simpan sampai sekarang.

Files

Comments

No comments found for this post.