Home Artists Posts Import Register

Content

Posting ini untuk patrons baru yang mungkin tak familiar dengan kerja-kerja grafik aku sebelum era media sosial Facebook, Twitter & Instagram.

Selain menggunakan poster grafik untuk sampaikan mesej protest, aku juga pernah gunakan spray paint dan stencil graffiti sebagai medium. Sebelum era media sosial dan digital graphics, semua grafik aku dihasilkan secara manual dan disebarkan dalam bentuk fizikal. Gambar ni tunjukkan salah satu graffiti yang aku conteng 19 tahun dulu pada tahun 2003 dekat area KL. Aku potong 11 keping stencil untuk buat graffiti saiz besar ni. 

Setahu aku zaman awal 2000-an dahulu hanya ada 2 orang tempatan yang buat stencil graffiti yang bawak mesej-mesej politikal, aku dan seorang KL-based street artist nama Rat. Walaupun aku dah lama bersara, tapi Rat masih terus aktif buat street art sampai hari ni.

Satu cerita menarik pasal graffiti "FREEDOM" dalam gambar ni. Zaman dulu ada satu website nama "Stencil Revolution", di mana korang boleh upload gambar-gambar stencil graffiti untuk dikongsi. Aku ada upload gambar ni dan beberapa gambar graffiti lain masa tu. Pada tahun 2011, selepas Revolusi Tunisia (yang mencetuskan Arab Spring), salah seorang street artist Tunisia telah gunakan gambar graffiti aku ni sebagai inspirasi untuk sebuah lukisan mural bagi memperingati pejuang-pejuang yang terkorban dalam Revolusi Tunisia. Pada tahun yang sama, aktivis di negara Mesir turut sama buat lukisan mural yang diinspirasi dari graffiti "FREEDOM" ni.

Files

Comments

Anonymous

Very nice