Home Artists Posts Import Register

Content

Aku kena tahan polis lagi hari ni. Kali ni dekat IPD Wangsa Maju, selepas aku dah selesai disoalsiasat polis. Tiada sebab munasabah sebenarnya untuk polis tahan aku. Aku dah datang balai, dah bagi keterangan dan jawab semua soalan polis. Dah serahkan handphone untuk mereka rampas. Aku dah beri kerjasama, 9 kali sebelum ni. Tapi mereka masih nak tahan aku. Sebab mereka ada kuasa nak tahan sesiapa saja.

FMT: Cops arrest Fahmi Reza over ‘Keluarga Malaysia’ caricature 

Files